Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tendong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kubang Sepat, utara jajahan Pasir Mas, Kelantan. Setelah jambatan Tendong dibuka pada tahun 2002, aliran trafik bertambah sibuk bagi mengurangkan kesesakan di sekitar jambatan Sultan Yahya Petra untuk menuju ke Kota Bharu.

Selain itu, mukim Tendong merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Kelantan. Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim(daerah kecil).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


E-LEARNING : "CARA MEMBUAT “WHITE BORDER OUTLINE” MENGGUNAKAN CANVA.

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2022

Pengisian kelas ict ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Ekonomi digital Tendong berkenaan dengan "Cara Membuat “White Border outline” menggunakan Canva . Video ini memaparkan tutorial ringkas untuk editi gambar supaya lebih cantik dan kelihatan seperti professional. Sasaran utama video kali ini adalah untuk usahawan usahawan di luar sana untuk menghasilkan gambar produk agar lebih menarik....baca selanjutnya

PROGRAM AKTIVITI MEMBINA KINCIR ANGIN MENGGUNAKAN SERVO MOTO 3V : KELAS MICRO:BIT

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2022

Aktiviti Membina Kincir Angin Menggunakan Servo moto 3v merupakan aktiviti yang di anjurkan oleh Staf PeDi Tendong untuk pelajar yang mengikuti kelas micro:Bit di PeDi Tendong. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang melibatkan penggunaan servo moto 3v yang telah di buat pengaturcaraannya melalui pengaturcaraan makecode.Pelajar di beri “guide” terlebih dahulu oleh staf PeDi cara untuk mengerakkan servo motor tersebut. Aktiviti ini di hadiri oleh 11 orang pelajar darjah 5....baca selanjutnya

E-LEARNING : ETIKA MELAYARI INTERNET

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022

Pengisian kelas ict ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Ekonomi digital Tendong berkenaan dengan Etika Melayari Internet . Melalui kelas ict ini, memberi beberapa pendedahan berkenaan dengan etika dalam melayari internet . Sasaran utama video kali ini adalah untuk adik adik atau pun pengikut pengikut page Pedi yang sentiasa terdedah dengan penggunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM TAKLIMAT KELAS MICRO:BIT DI SK OTHMAN TALIB 2

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2022

Program Taklimat Kelas Micro:Bit di Sk Othman Talib 2 merupakan program kerjasama antara pihak sk Othman Talib 2 bersama dengan Pusat Ekonomi Digital Tendong. Kerjasama pihak sekolah dengan pihak pedi adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam mengusai Micro:bit secara meluas. Sepanjang taklimat tersebut pelajar di beri pendedahan dan tarikan kepada pelajar untuk menyertai kelas microbit yang mana kelas tersebut di adakan di Pusat Ekonomi Tendong. Bukan itu sahaja, pelajar turut di beri pendedahan berkenaan pengenalan ringkas microbit serta kegunaan microbit dalam kehidupan seharian....baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASIN,SELAWAT DAN BACAAN SURAH AL KAHFI SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 22 April 2022

Perkongsian ini disiarkan melalui “aplikasi Google Meet” . Sesi live ini melibatkan gabungan antara 5 buah pusat internet iaitu PeDI Tendong, PeDI Padang Tokla, PeDI Kok Lanas , PeDI Cherang Ruku, Dan PeDI Kuala Paku. Program ini di adakan adalah bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan .Program di mulai dengan bacaaan yasin di ikuti dengan bacaan surah Al-Kahfi dan di akhiri dengan aluanan selawat. ....baca selanjutnya

PROGRAM MAJLIS IFTAR BERSAMA YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPR. ANNUAR HAJI MUSA MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Aktiviti Terkini | 8 April 2022

Program Majlis Iftar bersama YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Haji Musa Menteri Komunikasi Dan Multimedia merupakan program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Program iftar bersama mem-Kom ini telah adakan di Hotel Perdana, Kota Bharu pada 08 April 2022. Program iftar ini di hadiri oleh pelbagai jabatan dan turut di serikan dengan kehadiran beberapa orang Pelajar Tahfiz. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PeDI) Tendong juga turut menerima jemputan menghadiri majlis Iftar bersama Mem-Kom ini. Penglibatan PeDI dalam program iftar ini memberi peluang kepada petugas PeDi merasai sendiri suasana berbuka puasa dan beramah mesra bersama menteri Komunikasi Komunikasi Dan Multimedia ....baca selanjutnya

PROGRAM PAMERAN PEDI DI PROGRAM CAKNA PENGGUNA KOMUNITI SEJAHTERA BERSAMA KPDNHEP

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2022

Program program cakna pengguna komuniti sejahtera bersama KPDNHEP merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Kominuti Tani-ternak Pasir Mas (KITA BINA). Program ini melibatkan pelbagai pameran agensi dan aktiviti aktiviti untuk komuniti setempat. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PeDI) Tendong juga turut menerima jemputan bagi meraikan program ini. Penglibatan PeDI dalam program ini adalah dengan membawa objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada penduduk setempat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di pusat ekonomi digital Tendong....baca selanjutnya

GOOGLE MEET : PEMBELAJARAN ASAS EDITING MENGGUNAKAN CANVA BERSAMA PELAJAR MATRIKULASI KOK LANAS"

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2022

Kelas ini di jalankan secara langsung melalui platform google meet. Sesi bengkel ini melibatkan kerjasama di antara PEDi tendong, kok lanas, dan tokla bersama dengan pelajar matrikulasi kok lanas. Kelas Canva ini di sertai oleh pelajar matrikulasi kok lanas seramai 23 orang. Pelajar di ajar topik asas untuk membuat rekagrafi yang muda dan mudah iaitu antaranya pengenalan canva, cara membuat poster dan membuat resume menggunakan aplikasi canva....baca selanjutnya

E-LEARNING : "JOM KENALI KOMPONEN ASAS KOMPUTER"

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2022

Pengisian kelas ict ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Ekonomi digital Tendong berkenaan dengan komponen asas komputer. Melalui kelas ict ini, kami menunjukkan komponen komponen asas Komputer . Sasaran utama video kali ini adalah untuk adik adik atau pun pengikut pengikut page Pedi yang baru hendak mengenali dan menggunakan komputer....baca selanjutnya

PROGRAM PAMERAN PEDI DI PROGRAM ROAD TO JUBLI EMAS KADA PERINGKAT KADA JAJAHAN PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2022

Program Road to Jubli Emas Kada merupakan program yang dianjurkan oleh pihak KADA dalam meraikan sempena tahun ke 50tahun KADA bertapak. Program ini melibatkan pelbagai pameran agensi dan aktiviti aktiviti sukan untuk komuniti setempat. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PeDI) Tendong juga turut menerima jemputan bagi meraikan program ini. Penglibatan PeDI dalam program ini adalah dengan membawa objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada penduduk setempat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di pusat ekonomi digital Tendong. Hal ini kerana,masih ramai komuniti yang tidak mengetahui fungsi dan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital. Bukan itu sahaja, kami juga ingin memberi hebahan kepada usahawan -usahawan yang menyertai program ini bahawa Pedi adalah salah satu medium dalam melahirkan usahawan digital yang berdaya saing. Mereka juga boleh menjadikan pedi sebagai tempat pembelajaran berkaitan dunia perniagaan secara online. Dengan penglibatan pedi dalam karnival ini dapat menarik lebih ramai usahawan tampil ke pedi untuk mendapat bimbingan keusahawanan....baca selanjutnya

PROGRAM SEHARI BERSAMA PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK ) NUR ILHAM TENDONG

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2022

Program sehari bersama Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (Ppdk ) Nur Ilham Tendong merupakan satu program kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital Tendong bersama PPDK Nur Ilham. Program ini akan di jalankan di PEDI Tendong yang mana akan di sertai oleh 10 orang pelajar PPDK Nur Ilham dan bersama 6 orang guru pengiring. Program ini akan bermula seawal 9.30 pagi dan akan berakhir pada jam 1.00 petang. Objektif utama program ini, adalah sebagai satu langkah pendedahan kepada pelajar berkenaan mengenai dunia ICT. Pelajar dari PDK Nur Ilham ini mempunyai kekurangan dari segi fizikal, penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Walaupun kekurangan dari pelbagai segi, namun bukan menjadi penghalang untuk mereka menguasai dan mempelajari dunia ict. Melalui program yang dijalankan ini, secara tidak langsung dapat membantu golongan seperti ini untuk turut serta celik mengenail ilmu teknologi yang semakin penting pada zaman kini....baca selanjutnya

LIVE : BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” Pusat Ekonomi Digital Tok Janggut. Sesi live ini melibatkan gabungan antara 4 Pusat Ekonomi Digital iaitu PEDI Tok Janggut, PEDI Tendong, PEDI Padang Tokla,dan PEDI Kok Lanas Sesi Live kali ini adalah bertajuk “ Bantuan Keluarga Malaysia ”. Perkongkisan ini merangkumi kepada pengenalan BKM, syarat permohonan BKM ,cara kemaskini BKM, Khairat kematian dan My Salam....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti