PROGRAM PAMERAN PEDI DI PROGRAM CAKNA PENGGUNA KOMUNITI SEJAHTERA BERSAMA KPDNHEP
Aktiviti terkini |19 Mac 2022Tempat Aktiviti:
Perkarangan pejabat KITABINA Lot 1075 Kampung Beta 17000 Pasir Mas Kelantan
Ringkasan Aktiviti :
• Program program cakna pengguna komuniti sejahtera bersama KPDNHEP merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Kominuti Tani-ternak Pasir Mas (KITA BINA).
• Program ini melibatkan pelbagai pameran agensi dan aktiviti aktiviti untuk komuniti setempat.
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PeDI) Tendong juga turut menerima jemputan bagi meraikan program ini.
• Penglibatan PeDI dalam program ini adalah dengan membawa objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada penduduk setempat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di pusat ekonomi digital Tendong.
• Hal ini kerana,masih ramai komuniti yang tidak mengetahui fungsi dan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital.
• Bukan itu sahaja, kami juga ingin memberi hebahan kepada usahawan -usahawan yang menyertai program ini bahawa Pedi adalah salah satu medium dalam melahirkan usahawan digital yang berdaya saing.
• Mereka juga boleh menjadikan pedi sebagai tempat pembelajaran berkaitan dunia perniagaan secara online.
• Dengan penglibatan pedi dalam karnival ini dapat menarik lebih ramai usahawan tampil ke pedi untuk mendapat bimbingan keusahawanan.
Tujuan :
• Memperkenalkan kepada usahawan dan komuniti bahawa PeDI adalah salah satu tempat untuk mengebangkan perniagaan.
• Mengeratkan Hubungan Silaturahim antara komuniti, dan staf PEDI
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 8.00 pagi ~ 1.00 petang ; Set up booth, Pendaftaran pengunjung, Pengenalan PEDi dan penerangan KDB, edaran flayers dan Soalan Kuiz,
• 1.00 petang : Bersurai
Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Pedi dapat mempromosikan serta memberi hebahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Pedi.
• Kemudahan internet secara kolektif untuk warga komuniti, serta kemudahan fotostat ,mencetak, pengimbas, kelebihan menjadi ahli Pedi serta kami sebagai staf di Pedi dapat memberi bimbingan atau nasihat jika ada keperluan atau sebarang pertanyaan dari para pengguna mahupun usahawan.
VIP :
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :