Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tendong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kubang Sepat, utara jajahan Pasir Mas, Kelantan. Setelah jambatan Tendong dibuka pada tahun 2002, aliran trafik bertambah sibuk bagi mengurangkan kesesakan di sekitar jambatan Sultan Yahya Petra untuk menuju ke Kota Bharu.

Selain itu, mukim Tendong merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Kelantan. Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim(daerah kecil).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


E-LEARNING : MEMBUAT PEMBAYARAN I-SURI SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2021

Pengisian kelas ict ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Ekonomi digital Tendong yang mengalami masalah untuk pergi ke kaunter kwsp bagi tujuan pembayaran I suri.. Melalui kelas ict ini, kami menunjukkan cara membuat pembayaran I suri secara online. Membuat bayaran i-Suri KWSP kini lebih mudah dengan menggunakan pembayaran atas talian, cara ini adalah alternatif lain daripada anda perlu beratur di kaunter pejabat KWSP.....baca selanjutnya

PROGRAM KAUNTER BERGERAK SSM NEGERI KELANTAN BERSAMA PEDI TENDONG DAN PEDI TO’LA

Aktiviti Terkini | 8 Disember 2021

Program kaunter bergerak SSM ini merupakan koloborasi di antara Pihak Suruhajaya Syarikat Malaysia negeri Kelantan Bersama dengan Pusat Ekonomi Digital. Program ini berlangsung selama lebih kurang 3 jam bertempat di Pusat Ekonomi Digital Padang Tokla. Sasaran utama program ini di adakan adalah untuk membantu komuniti terutamanya golongan B4O dan pelajar IPT yang menjalankan perniagaan bagi mendaftarkan peniagaan mereka secara percuma di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (Sppp). Selain itu, para usahawan juga berpeluang untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka di kaunter bergerak tanpa perlu pergi ke kaunter ssm sendiri....baca selanjutnya

VIDEO KELAS PEMBELAJARAN ONLINE “PENERANGAN SYSTEM KOMPUTER”

Aktiviti Terkini | 28 November 2021

Pengisian kelas ICT ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut–pengikut Page Pusat Ekonomi Digital PEDi Tendong mengenai “Penerangan system Komputer”. Komputer bukan hanya sekedar sebagai alat elektronik tapi komputer merupakan sebuah system yang saling bekerjasama dalam memproses data. Program ini melibatkan pengikut –pengikut Facebook Page PIK Tendong....baca selanjutnya

GOOGLE MEET: “BENGKEL REKAKREATIF CANVA BERSAMA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS"

Aktiviti Terkini | 27 November 2021

Bengkel ini di jalankan secara langsung melalui platform google meet. Sesi bengkel ini melibatkan kerjasama di antara PEDi tendong, kok lanas, dan tokla bersama dengan pelajar kolej Vokasional Pasir Mas. Bengkel kali ini adalah bertajuk “ Bengkel Rekakreatif Canva Bersama Pelajar Kolej Vokasional Pasir Mas ”. Trainer bagi bengkel ini adalah fazuraini iaitu pengurus PEDi Tendong...baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA DENGAN TABIKA PERPADUAN SRI EMBUN

Aktiviti Terkini | 23 November 2021

Sesi pembelajaran interaktif bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 9 orang murid telah hadir bersama dengan Guru Tabika sendiri iaitu Puan Zaharina Siti dan Puan Suzira Bt Muhammad. Sesi pembelajaran interaktif tersebut telah dimulakan dengan sesi memperkenalkan peralatan asas komputer kepada semua pelajar tabika...baca selanjutnya

FB LIVE KDB: SEMBANG SANTAI BERSAMA DOKTOR ( KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS MASALAH RINGAN KANAK-KANAK)

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Kok Lanas . Sesi live ini melibatkan gabungan antara 3 buah pusat internet iaitu PEDi Tendong, PEDi Padang Tokla, Dan PEDi Kok Lanas . Sesi Live kali ini adalah bertajuk “Keselamatan Dan Pertolongan Cemas Masalah Ringan Kanak-Kanak ”. Jemputan untuk sesi Bicara Karier ini ialah Doktor Husna iaitu pakar perubatan bahagian keluarga daripada klinik kesihatan kota bharu....baca selanjutnya

VIDEO LIVE “PELUANG MENJANA PENDAPATAN MELALUI KEUSAHAWANAN TANPA MODAL"

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2021

Dalam Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Chuchuh Puteri . Sesi live ini melibatkan gabungan antara 5 buah pusat internet iaitu PIK Temangan, PIK Tendong, PIK Padang Tokla, PIK Kok Lanas , Dan PIK Manik Urai. Sesi Live kali ini adalah bertajuk “ Peluang Menjana Pendapatan Melalui Keusahawanan Tanpa Modal ”. Jemputan untuk sesi Bicara dengan mereka....baca selanjutnya

VIDEO KELAS PEMBELAJARAN ONLINE “CARA MENUKAR IMEJ KEPADA TEKS DALAM TUTORIAL MICROSOFT WORD”

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2021

Kelas Pengisian ICT ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Tendong mengenai “Cara Menukar Imej Kepada Teks Dalam Tutorial Microsoft Word”. Program ini melibatkan pengikut –pengikut Facebook Page PIK Tendong...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PLATFORM SERVICE PENGHANTARAN MAKANAN TERKINI

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kok Lanas . Sesi live ini melibatkan gabungan antara 4 buah pusat internet iaitu PIK Tendong, PIK Padang Tokla, dan PIK Kok Lanas . Sesi Live untuk Program PLATFORM SERVICE PENGHANTARAN MAKANAN TERKINI ini membincangkan berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan penghantaran makanan terkini. Antara perkhidmatan penghantaran yang di bincangkan adalah seperti grabfood, foodpanda,odamakan,hallo dan Kfc..baca selanjutnya

ELEARNING: TIPS ELAK SCAM EDAGANG

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2021

Pengisian kelas ict ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Tendong bekenaan dengan tips untuk mengelakkan diri daripada scam e dagang. Melalui kelas ict ini, kami memberi beberapa tips untuk elak scam e dagang ini....baca selanjutnya

VIDEO KELAS PEMBELAJARAN ONLINE “CARA MEMBUAT KOD BAR DI MICROSOFT EXCEL”

Aktiviti Terkini | 28 September 2021

Pengisian kelas ict ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Tendong mengenai Cara Membuat Barcode Dengan Excel Program ini melibatkan pengikut –pengikut Facebook Page PIK Tendong....baca selanjutnya

VIDEO LIVE “PEMBELAJARAN ASAS EDITING VIDEO MENGGUNAKAN "CANVA"

Aktiviti Terkini | 28 September 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Chuchuh Puteri . Sesi live ini melibatkan gabungan antara 5 buah pusat internet iaitu PIK Temangan, PIK Tendong, PIK Padang Tokla, PIK Kok Lanas , Dan PIK Manik Urai. Sesi Live kali ini adalah bertajuk “ pembelajaran asas editing video menggunakan canva ”. Jemputan untuk sesi Bicara Karier ini ialah cikgu cikgu mohd khuzaimi....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BICARA KARIER (CONTENT WRITER)

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Manek Urai . Sesi live ini melibatkan gabungan antara 4 buah pusat internet iaitu PIK Tendong, PIK Padang Tokla, PIK Kok Lanas , Dan PIK Manik Urai. Sesi Live untuk Program bicara karier ini membincangkan berkenaan dengan pekerjaan sebagai content writer iaitu pengenalan kepada apa itu content writer, tugas tugas content writer , cabaran yang dihadapi sebagai conten writer dan sebagainya. Jemputan untuk sesi Bicara Karier ini ialah Cik siti Nazirah iaitu content writer di syarikat kosmetik....baca selanjutnya

E-LEARNING : CARA DAPATKAN SEMULA SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA YANG HILANG SECARA ONLINE DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 15 September 2021

Pengisian kelas ict ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Tendong yang mengalami masalah untuk mendapatkan semula sijil peperiksaan Malaysia yang Hilang. Melalui kelas ict ini, kami menunjukkan cara untuk mendapatkan semula sijil secara online melalui portal Lembaga Peperiksaan Malaysia....baca selanjutnya

CARA MENGAKTIFKAN MICROSOFT OFFICE 365 TANPA KUNCI PRODUK 2021

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2021

Perkongsian ini secara atas talian melalui paparan video yang di muat naik di page fb Tendong – pendedahan tentang penggunaan Microsoft Office sebagai salah satu produk Microsoft yang paling banyak digunakan, dan sekarang menjadi tulang belakang pelbagai aktiviti yang kami jalankan di komputer peribadi dan profesional kami....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BACAAN YASIN & PESANAN USTAZAH AMALAN SUNAT

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Padang Tokla . Sesi live ini melibatkan gabungan antara 5 buah pusat internet iaitu PIK Tendong, PIK Padang Tokla, PIK Kok Lanas , PIK Sungai Petai, Dan PIK Manik Urai. Program bacaan yasin dan pesan ustazah di ketuai oleh Ustazah Fatimah .Sebelum memulakan majlis bacaan yasin,sedikit pesanan ustazah kenaan amalan sunat harian kepada staf pik dan pengikut-pengikut yang turut sama bersama sepanjang program ini bersiaran lansung...baca selanjutnya

E-LEARNING : TEKNIK MENGHASILKAN ANIMASI 3D MENGUNNAKAN CANVA

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2021

Pengisian kelas ict ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Tendong. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Tendong mengenai teknik mengahasilkan animasi 3D menggunakan CANVA . Program ini melibatkan pengikut –pengikut Facebook Page PIK Tendong.....baca selanjutnya

VIDEO LIVE “MENGIMBAU KEMBALI DETIK KEMEDERKAAN MALAYSIA 1957”

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Tendong untuk Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu tepat pada pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Seterusnya penyiaran secara lansung melalui tayangan video pengisytiharan kemerdekaan Pengisytiharan itu telah diiringi dengan laungan ‘MERDEKA’ yang bergema dengan penuh bersemangat dan menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat dan merdeka....baca selanjutnya

VIDEO KELAS PEMBELAJARAN ONLINE “GOOGLE FORM”

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2021

Dalam suasana sekarang untuk mengadakan bengkel atau kursus sekarang susah dan jarak jauh (remote learning) sekarang ini, korang mungkin ingin tahu bagaimana cara mengurus kelas yang anda jalankan di atas talian. Lebih-lebih lagi bagi guru-guru di Malaysia yang menggunakan Google Classroom. Jika anda menggunakan Google Classroom untuk mengurus kelas, atau Google Form, pengambilan daftar kehadiran peserta atau maklumat peserta mungkin menimbulkan masalah.Google Forms makluamat peserta Attendance Featured Jadi, bagaimanakah Google Forms merupakan alat yang baik untuk membuat borang kehadiran murid. Kami tunjukkan anda caranya satu per satu di bawah ini...baca selanjutnya

FB LIVE KDB: SEMBANG SANTAI BERSAMA DOKTOR HUSNA (KESIHATAN MENTAL

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2021

Sesi LIVE Secara Langsung dalam Page FB Pusat Internet Komuniti mengenai Jenis penipuan Keewangan. Sesi Live ini gabungan 4 PIK, iaitu PIK Kok Lanas,PIK Pdg Tok La & PIK Tendong..baca selanjutnya

E-LEARNING : "KEMPEN GO E-COMMERCE ON BOARDING - SHOPEE MALAYSIA"

Aktiviti Terkini | 10 Julai 2021

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet berkongsi ilmu dengan para usahawan bagaimana cara menyertai kempen go e-commerce onboarding....baca selanjutnya

LIVE CARA PEMASANGAN SINKI BILIK AIR

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2021

Sama ada anda memasang sinki baru di rumah yang baru dibina atau mengganti yang lama, anda boleh belajar cara merancang dan memasang sink baru dengan betul. Walaupun sink yang berbeza perlu dipasang bergantung pada variasi kit yang anda gunakan, langkah asas dalam prosesnya biasanya sama. Pelajari cara memasang dan memasang sink anda yang baru dengan cepat dan cekap..baca selanjutnya

E-LEARNING : CARA MEMBUAT CATALOG MENGGUNAKAN WHATSAPP BUSINESS

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2021

TendongProgram ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet berkongsi ilmu dengan para usahawan bagaimana cara membuat catalog jualan dengan menggunakan applikasi whatsapp melalui video...baca selanjutnya

FB LIVE KDB: PENIPUAN KEEWANGAN

Aktiviti Terkini | 5 Jun 2021

Sesi LIVE Secara Langsung dalam Page FB Pusat Internet Komuniti mengenai Jenis penipuan Keewangan.Sesi Live ini gabungan 4 PIK, iaitu PIK Kok Lanas,PIK Pdg Tok La & PIK Tendong...baca selanjutnya

FB LIVE: JARINGAN PRIHATIN DIGI

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2021

Jaringan prihatin (Pengurus Pik Kok lanas),Cara untuk tebus Rebat,Secara,Online(Penolong Pegurus pik tokla) & Pakej yang di tawarkan oleh Digi (Pengurus Pik Tendong)...baca selanjutnya

FB LIVE KDB: CYBERGROOMING,OVERSHARING, BULI SIBER, & SEXTING

Aktiviti Terkini | 11 April 2021

Oversharing (Pengurus Pik Kok lanas)..baca selanjutnya

PROGRAM CAKNA KOMUNITI BERSAMA DENGAN INFORMASI DAN PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Program Cakna Komuniti Masyarakat di Masjid Al-Hanan Tendong merupakan program kerjasama di antara Pejabat Agama Kota Bharu ,Ajk Masjid, Pusat Internet Komuniti Tendong dan Klinik Kesihatan Pasir Mas...baca selanjutnya

FB LIVE KDB: OVERSHARING, BULI SIBER, & SIBER GROOMING

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Oversharing (Pengurus Pik Tokla, Buli Siber (Pengurus Pik Tendong) & Siber Grooming (Pengurus Pik Kok Lanas)...baca selanjutnya

AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN SANITASI SEKITAR KAWASAN MASJID KG TELIAR KERJASAMA JAWATANKUASA MASJID & NGO

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2021

Program gotong royong membersihkan dan sanitasi seluruh kawasan masjia kampung Teliar adalah satu program yang di anjurkan oleh NGO hasil kerjasama denga ahli jawatan kuasa masjid...baca selanjutnya

VIDEO LIVE CARA MENDAFTAR LESEN PERNIAGAAN (SSM)MENGGUNAKAN PORTAL EZBIZZ SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2021

Video live berkenaan cara mendaftar lesen ssm menggunakan portal ezbizz merupakan hasil kerjasama antara pusat internet Komuniti Kok Lanas, Pusat Internet Komuniti Padang To’la dan Pusat Internet Komuniti Tendong....baca selanjutnya

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SOSIAL KAKSE 02

Aktiviti Terkini | 26-27 Januari 2021

Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAKSE02 - 26hb & 27hb Januari 2021) secara rasminya berakhir hari Rabu petang....baca selanjutnya

BENGKEL REKA CIPTA KAD KREATIF ( MICROSOFT PUBLISHER )

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2021

Pusat Internet Komuniti Tendong Bersama dengan Pelajar Kolej Vokasional Pasir Mas...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti