Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Tendong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kubang Sepat, utara jajahan Pasir Mas, Kelantan. Setelah jambatan Tendong dibuka pada tahun 2002, aliran trafik bertambah sibuk bagi mengurangkan kesesakan di sekitar jambatan Sultan Yahya Petra untuk menuju ke Kota Bharu.
Selain itu, mukim Tendong merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Kelantan. Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim(daerah kecil).
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022MAJLIS MALAM SEKALUNG BUDI JASA DIKENANG JKPRT DAERAH PASIR MAS
Aktiviti Terkini | 24 Disember 2020BENGKEL BERSAMA GURU-GURU TABIKA KEMAS DUN MERANTI
Aktiviti Terkini | 2 November 2020Sinonim dengan nama Pusat Internet Tendong sebagai pusat pembelajaran ICT, maka pihak KEMAS Pasir Mas telah mengadakan Bengkel Latihan Tahunan di Pusat Internet Tendong...baca selanjutnya
BENGKEL BERSAMA GURU-GURU TABIKA KEMAS DUN PENGKALAN PASIR
Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2020Sinonim dengan nama Pusat Internet Tendong sebagai pusat pembelajaran ICT, maka pihak KEMAS Pasir Mas telah mengadakan Bengkel Latihan Tahunan di Pusat Internet Tendong...baca selanjutnya
KELAS ONLINE MARKETING BERSAMA TEAM COWAY
Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2020Kelas Online Marketing Bersama Team Coway...baca selanjutnya
KELAS MICRO:BIT SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' ABDUL HAMID 2 PASIR MAS
Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2020Coway Malaysia adalah sebuah syarikat yang telah bertapak kukuh di Malaysia...baca selanjutnya
BENGEL KURSUS BAGI LATIHAN MENJAHIT BAJU
Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2020Telah mengadakan kursus jahitan baju usahawan asnaf hasil usahasama GIATMARA Pasir Mas...baca selanjutnya
KELAS MICRO:BIT SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN TALIB 2 TENDONG
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2020Ilmu mikropengawal dan pengaturcaraan semakin mendapat tempat di masyarakat Malaysia...baca selanjutnya
KELAS SHOPEE BERSAMA PUSAT INTERNET>
Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2020Menjadikan Pusat Internet sebagai medium keusahawanan disamping membantu para peniaga menggunakan internet sebagai platform perniagaan dan dapat meluaskan perniagaan bagi menambahkan pendapatan...baca selanjutnya
MESYUARAT PENGURUS PUSAT INTERNET DIBAWAH SELIAAN DIGI BERSAMA EN FAIROSE (DIGI)
Aktiviti Terkini | 22 September 2020Mesyuarat Pengurus Pusat Internet Dibawah Seliaan Digi Bersama En Fairose (Digi)...baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN “SHOPEE MARKETPLACE ” KERJASAMA PUSAT INTERNET DIGI DENGAN TENAGA PENGAJAR MATRIKULASI KOK LANAS
Aktiviti Terkini | 18 September 2020Melahirkan lebih ramai usahawan celik Internet....baca selanjutnya
PROGRAM MERDEKA KOMUNITI 2020
Aktiviti Terkini | 8 September 2020Dapat merapatkan hubungan komuniti setempat dengan pihak kerajaan...baca selanjutnya
KELAS KEUSAHAWAN “SHOPEE MARKETPLACE ”KERJASAMA PUSAT INTERNET DIGI KLUSTER PASIR MAS DAN KLUSTER KETEREH CLUSTER DENGAN EMPOWER ECER PASIR MAS
Aktiviti Terkini |29 Ogos 2020Melahirkan lebih ramai usahawan celik Internet.....baca selanjutnya
SESI MAKLUM BALAS RAKYAT BERHUBUNG DRAF PELAN TINDAKAN PERPADUAN NEGARA (PTPN) 2021-2025
Aktiviti Terkini |23 Ogos 2020PTPN adalah satu dokumen rasmi Kerajaan yang menggariskan semua usaha-usaha Kementerian dan Agensi dalam mencapai hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang menjulang perpaduan dan penyatuan nasional.....baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN “SHOPEE MARKETPLACE ”KERJASAMA PUSAT INTERNET DIGI KLUSTER PASIR MAS DAN KLUSTER KETEREH DENGAN TENAGA PENGAJAR MATRIKULASI KOK LANAS
Aktiviti Terkini |14 Ogos 2020Melahirkan lebih ramai usahawan celik Internet....baca selanjutnya
KELAS KEUSAHAWAN “GOOGLE FORM ”KERJASAMA PUSAT INTERNET DIGI KLUSTER PASIR MAS, KLUATER PASIR PUTIH DAN KLUSTER KETEREH KLUSTER DENGAN EMPOWER ECER KETEREH
Aktiviti Terkini |7 Ogos 2020Melahirkan lebih ramai usahawan celik Internet....baca selanjutnya
KELAS KEUSAHAWAN “SHOPEE MARKETPLACE” KERJASAMA PUSAT INTERNET DENGAN EMPOWER ECER
Aktiviti Terkini | 27 Julai 2020Melahirkan lebih ramai usahawan celik Internet....baca selanjutnya
TAKLIMAT “SOP PELAKSANAN TUGAS SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) DI ZOM HIJAU DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA”
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2020Supaya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Diberi Kebenaran Untuk Mengerakan Rondaan SRS Berskala Kecil Di Kawasan Mereka Semasa Tempoh PKPP...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
PROGRAM RIANG RIA KASIH 2020 BERSAMA TABIKA PERPADUAN MERANTI
Aktiviti Terkini |10 Februari 2020Tujuan Program merupakan salah satu program anjuran Pusat Internet Tendong....baca selanjutnya
Program KOSPEN di Pusat Internet Chengal
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2020Program bermula sekitar jam 9.00 pagi di bilik training pusat internet chengal iaitu penyampaian taklimat daripada pegawai kesihatan Dr Azlina. 3 Modul yang ditekankan dalam sesi taklimat ini iaitu pengenalan dan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit , modul kedua amalan pemakanan sihat dan modul terakhir amalan tidak merokok. Selepas sesi taklimat para peserta di beri peluang untuk membuat pemeriksaan sendiri bermula dengan pemeriksaan tekanan darah, ukur tinggi dan berat serta pemeriksaan glucose dalam darah. Setiap peserta membuat pemeriksaan secara bergilir gilir di samping diberi panduan oleh pegawai kesihatan masing masing....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya