BENGKEL SENI KREATIVITI KRAFTANGAN SEJIWA
Aktiviti terkini | 06 Oktober 2018Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Dato’ Abdul Hamid 2, Pasir Mas, Kelantan
Tujuan :
Pemilihan Bengkel ini dibuat memandangkan prospek bahan jahitan tangan ini yang relevan pada masa kini dan menepati citarasa golongan ibu dan suri rumah. Di samping dapat menghasilkan produk sendiri, ibu dan suri rumah juga dapat mempelajari teknik memasarkan produk yang dihasilkan.
Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran ibu dan suri rumah dalam bidang jahitan tangan.
• Melahirkan ibu dan suri rumah yang kreatif dan inovatif dalam meningkatkan taraf hidup sendiri.
• Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan ibu dan suri rumah khas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :