KURSUS SMART IT GENERATION

Aktiviti terkini | 05 Mei 2018

Tempat Aktiviti:
Masjid Al-Hanan, Mukim Simpang 4 Tendong

Tujuan :
• Program ini bertujuan menggalakkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran ICT secara “hand-on” kepada pelajar.
• Memberi kesedaran kepentingan ICT dan pendedahan sepenuhnya penggunaan laptop dan perisian.
• Memupuk minat aktif untuk mempelajari ICT seterusnya melahirkan golongan pelajar yang celik komputer.
• Memberi ruang kepada Pi1M Tendong sebagai landasan saluran ilmu kepada masyarakat khasnya di kawasan Tendong.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Program untuk meningkatkan daya inovatif dan kreatif peserta dalam ICT
• Meningkatkan minat terhadap ICT
• Secara keseluruhannya, kursus ini adalah untuk memperkayakan pelajar daerah tendong dengan pengetahuan ICT secara amnya dalam usaha membudayakan ICT kepada pelajar sekitarnya. Diharap kursus ini dapat meningkatkan lagi kemahiran asas ICT pelajar sekitar daerah Tendong dalam menggunakan teknologi ICT dalam urusan seharian seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :