PROGRAM SEMARAK KHIDMAT MASYARAKAT @ KOMUNITI & PROGRAM SOLAT HAJAT
Aktiviti terkini | 24 November 2017Tempat Aktiviti:
Kediaman Pengerusi JKKKP Mukim Hutan Chengal & PI1M Tendong
Tujuan :
• Memudah cara penyampaian perkhidmatan Jabatan dan agensi di bawah kementerian untuk mengesan rakyat yang memerlukan bantuan agensi berkenaan.
• Golongan sasar yang memerlukan bantuan dapat segera dikenal pasti dan diberi bantuan sewajarnya.
• Program ini bertujuan membimbing dan mendidik semua generasi muslim supaya sentiasa berusaha dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala dalam menjalani kehidupan seharian khasnya untuk mencapai keredhaan Ilahi di dunia dan akhirat. Seterusnya bertawakkal kepadaNya iaitu menyerahkan segala urusan dan harapan dengan keyakinan bahawa Allah Subhanahu Wa Taala akan mengurniakan atau memakbulkannya selari dengan konsep mentauhidkanNya.
Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu mereka memerlukan bantuan dari segi mengenal pasti golongan sasar yang terlepas pandang.
• Supaya gandingan kerjasama antara jabatan, pemimpin masyarakat, sukarelawan serta komuniti digembleng agar golongan terpinggir dan berisiko dapat dibantu daripada terus ketinggalan dalam arus perdana pembangunan.
• Dapat memberi impak serta outcome yang positif kepada semua yang terlibat.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ibubapa, kanak-kanak dan staf pi1m tendong serta dapat membincangkan mengenai program.
• Membimbing masyarakat kampung menjalani kehidupan yang seimbang dunia & akhirat.
• Menghayati keberkatan solat hajat yang dilaksanakan secara berjamaah.
• Membudayakan solat hajat sebagai pemangkin usaha dan kejayaan.
• Memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.
Nama VIP :
YDH ACP Ibrahim Bin Saad (Ketua Polis Daerah Pasir Mas)
Mohd Nor Bin Hasan (Ketua Jawatankuasa KRT Chengal Jaya)
Mohd Shukri Bin Daud (Ketua Jawatankuasa Masjid Mukim Hutan Chengal)
Mustafa Bin Mamat (Ketua Jawatankuasa JKKKP Mukim Hutan Chengal)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :