PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Aktiviti terkini | 12 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Masjid Mukim Hutan Chengal

Bagi mengimarahkan lagi ketibaan bulan Ramadan PI1M Tendong & PI1M ToLa bekerjasama bagi menjayakan Program Ihya Ramadhan di Masjid Mukim Hutan Chengal. Bagi memenuhi tuntutan beribadah, umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak pahala dan ganjaran dengan mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadat di dalam bulan Ramadhan bagi mengejar pahala yang berlipat ganda, maka Program Ihya’Ramadhan telah dirancang dan disusun ke arah matlamat tersebut. Majlis Berbuka Puasa adalah merupakan salah satu aktiviti di dalam Program Ihya’ Ramadhan. Justeru itu, program ini dirancang dan disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian. Pusat Internet sebagai sebahagian dari warga komuniti berbesar hati untuk turut serta bagi mengeratkan hubungan bersama komuniti di kesempatan pada bulan yang mulia ini.

Program ini disertai oleh 180 tetamu yang hadir. Program Ihya Ramadhan ini turut disertai oleh tetamu kehormat iaitu YB Senator Datuk Haji Hanafi Mamat yang turut serta bersama komuniti sekitar serta warga PI1M. Semoga dengan penglibatan pi1m dalam program sebegini dapat dilaksanakan di masa akan datang agar makin erat ukhuwah yang telah terjalin. Bulan yang penuh rahmat, keampunan dan terhindar dari azab neraka,bulan yang umat Islam nantikan bagi merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda. Semoga Dapat ketemu lagi di Ramadhan yang akan datang. Moga kita sentiasa istiqomah bersedekah walaupun ramadhan telah melabuhkan tirainya.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan PI1m sebagai platform untuk komuniti setempat yang dapat turut serta bersama program komuniti sekitar PI1M.
• Dapat bersepakat dan bergabung bersama PI1M dibawah kluster Pasir Mas iaitu PI1M Tendong untuk menjayakan program Ihya Ramdhan ini bersama pihak masjid.
• Dapat mengimarahkan majlis di bulan ramadhan dengan terisinya program beribadah bersama penduduk kampung.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI1M Tendong & Pi1m To’La bersama tetamu yang datang.
• Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :