KURSUS KEMAHIRAN APLIKASI – MICROSOFT EXCEL ADVANCE & MICROSOFT POWERPOINT ADVANCE
Aktiviti terkini | 01 April 2017Tempat Aktiviti:
Makmal Komputer, Kolej Vokasional Pasir Mas Kelantan
Khusus Kemahiran Aplikasi yang di anjurkan oleh Pelajar Diploma Tahun 2 Kesetiausahaan Pentadbiran dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Tendong untuk memahirkan lagi pelajar semerta 1 dalam aplikasi ini. Kursus kemahiran aplikasi ini untuk memberikan pendedahan kepada peserta dalam semua aspek berkaitan penggunaan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas harian di pejabat.
Perkara-perkara penting yang sering diabaikan yang menyebabkan sesuatu kerja yang mudah menjadi sukar atau sesuatu perkara yang mudah dalam dunia komputer dipandang susah akan didedahkan semuanya dan diajar dalam kursus ini sehingga peserta berasa penuh keyakinan dan lebih bersemangat dalam menyempurnakan setiap tugasan kerja harian. Peserta akan diajar aplikasi pemprosesan perkataan, pengiraan dan penyediaan slide presentation serta pengurusan email jabatan dan pelbagai lagi akan didedahkan semuanya kepada peserta kursus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :