Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tendong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kubang Sepat, utara jajahan Pasir Mas, Kelantan. Setelah jambatan Tendong dibuka pada tahun 2002, aliran trafik bertambah sibuk bagi mengurangkan kesesakan di sekitar jambatan Sultan Yahya Petra untuk menuju ke Kota Bharu.

Selain itu, mukim Tendong merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Kelantan. Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim(daerah kecil).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM KESIHATAN BERSAMA WARGA KLINIK KESIHATAN BANDAR PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018

Program ini merupakan program pertunjukan masakan makanan yang sihat, pemeriksaan kesihatan dan pendedahan pentingnya pemeriksan kanser servik secara percuma kepada masyarakat kampung secara tidak lansung dapat mendekatkan masyarakat kampung dengan rawatan dan pencegahan awal terhadap sebarang penyakit....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti merupakan program tahunan yang di adakan di Pusat Internet (PI) Tendong. Ia merupakan salah satu program untuk meraikan komuniti setempat dan secara tidak lansung dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama antara komuniti dengan pusat internet tendong melalui aktiviti yang diadakan....baca selanjutnya

PROGRAM GERAK JJ (JARINGAN & JALINAN) KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 08 November 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM SAYANG DI SAYANG BERSAMA PDK SURIA MAS

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai peranan utama Pi1m sebagai pusat pembelajaran komuniti interaktif yang mengetengahkan pi1m sebagai pusat pembelajaran dalam kalangan komuniti sekeliling. Pendekatan bersama warga PDK ini bagi menjalinkan satu kerjasama bagi mengeratkan hubungan komuniti bersama staf pi1m dan PDK....baca selanjutnya

BENGKEL SENI KREATIVITI KRAFTANGAN SEJIWA

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2018

Program ini di adakan khusus untuk menjalin ukhwah dikalangan ahli jawatankuasa dan masyarakat setempat Seramai 35 orang yang mewakili seluruh krt daerah Pasir Mas hadir memeriahkan majlis....baca selanjutnya

TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA' AL-QAMARIAH

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan anak-anak yatim di rumah kebajiakan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan kuiz kepada mereka, bagi meningkatkan lagi semangat kerjasama antara mereka, dan memupuk minat mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan akan datang....baca selanjutnya

AKTIVITI KOMUNITI: KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam. Ianya menjadi tanggungjawab orang yang hidup kepada si mati. Oleh itu, program pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Mukim Hutan Chengal, KRT Chengal Jaya & Pusat Internet Tendong bertujuan memberi pendedahan secara praktikal dan amali kepada penduduk kampung ...baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN DAN LATIHAN KECANTIKAN MARY KAY

Aktiviti Terkini | 08 September 2018

Kelas kecantikan yang di adakan di pusat internet tendong merupakan hasil kerjasama dengan konsultan kecantikan daripada mary kay. Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat kampung cara penjagaan wajah serta solekan asas pada wajah. Hal ini, bersesuaian dengan masyarakat kita yang sentiasa menjaga kecantikan wajah....baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN WARNA-WARNI KEMERDEKAAN ANTARA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2018

Pusat Internet Tendong dengan kerjasama Jawatankuasa KEMAS telah menganjurkan Program Pertandingan Warna-Warni Kemerdekaan (Mewarna) Sempena Bulan Kemerdekaan 2019 bertempat di Tabika KEMAS Sri Gelam dan Mawar. Seramai 30 orang kanak-kanak dari 2 buah kelas Tabika KEMAS DUN Tendong telah menyertai pertandingan mewarna kemerdekaan ini....baca selanjutnya

AKTIVITI MELUKIS DAN MEWARNA BENDERA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Aktiviti melukis dan mewarna bendera Malaysia merupakan aktiviti tahunan di pusat internet Tendong sempena menyambut bulan kemerdekaan. Aktiviti ini di sertai oleh kalangan pelajar sekolah yang tinggal di kawasan berhampiran pusat internet. Aktiviti ini di mulai dengan acara melukis bendera Malaysia dan di ikuti dengan mewarnai bendera menggunakan “water colour”. Aktiviti ini mengambil masa selama 2 jam....baca selanjutnya

PROGRAM KESIHATAN BERSAMA WARGA KLINIK KESIHATAN BANDAR PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018

Program kesihatan bersama warga klinik kesihatan pasir mas merupakan program pemeriksaan kesihatan dan pendedahan pentingnya pemeriksan kanser servik secara percuma kepada masyarakat kampung secara tidak lansung dapat mendekatkan masyarakat kampung dengan rawatan dan pencegahan awal terhadap sebarang penyakit....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI DI PUSAT INTERNET TENDONG

Aktiviti Terkini | 06 Julai 2018

Majlis Ramas Mesra Aidilfitri di bulan Syawal merupakan hari kita umat islam meraikan kemenangan setalah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kita digalakkan meraikan kehadiran Syawal ini dengan bersederhana dan penuh kemeriahan. Disamping itu juga, dengan kehadiran sambutan Aidilfitri kita dapat bermaaf-maafan serta bertukar juadah hari raya sesama penduduk kampung....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA TABIKA KEMAS SRI GELAM

Aktiviti Terkini | 01 Julai 2018

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang diajurkan oleh Tabika KEMAS Sri Gelam dengan kerjasama Pusat Internet Tendong ini diharap dapat merapatkan silaturrahim diantara semua ibu bapa sama ada guru, staff Pi Tendong serta kanak-kanak tabika....baca selanjutnya

JAMUAN MAKAN COLEK BERSAMA WARGA RUKUN TETANGGA CHENGAL JAYA TENDONG

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2018

Pengajuran majlis ini bukan sahaja berpaksikan perananya sebagai acara tahuan semata-mata tetapi pengajuran majlis ini menggalas misi yang tersendiri. Misi utama majlis ini ialah untuk menjadi medium yang berkesan bagi mengukuhkan lagi pautan ukhuwah antara Jawatankuasa Rukun Tetangga, Staf Pusat Internet Tendong dan penduduk kampung....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KUBUR DI MUKIM HUTAN CHENGAL BERSAMA KRT CHENGAL JAYA

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2018

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Chengal Jaya telah mengadakan Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan Kubur dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Mukim Hutan Chengal dan Pi1M Tendong pada 11 Mei 2018, bertempat di Perkarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hutan Chengal dan Kampung Bechah. Seramai 57 orang hadir untuk menjayakan gotong-royong tersebut....baca selanjutnya

KURSUS SMART IT GENERATION

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Kursus ini adalah untuk memperkayakan pelajar daerah Tendong dengan pengetahuan ICT secara amnya dalam usaha membudayakan ICT kepada pelajar sekitarnya. Diharap kursus ini dapat meningkatkan lagi kemahiran asas ICT pelajar sekitar daerah Tendong dalam menggunakan teknologi ICT dalam urusan seharian seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini....baca selanjutnya

MINI SUKAN BERSAMA PELAJAR ISTIMEWA PDK SURIA MAS

Aktiviti Terkini | 25 April 2018

Pusat Internet 1Malaysia Tendong telah bekerjasama dengan PI1M Padang Tokla mengadakan mini sukan dan aktiviti menampal dan mewarna fluffy sheep bagi pelajar istimewa di PDK Suria Mas. Aktiviti ini disertai oleh 30 orang pelajar PDK Suria Mas....baca selanjutnya

CELIK IT BERSAMA PELAJAR TADIKA PERPADUAN SRI EMBUN

Aktiviti Terkini | 23 April 2018

Pusat Internet 1Malaysia Tendong telah mengadakan kelas eLearning bersama pelajar tadika perpaduan Sri Embun. Kelas ini memberi pendedahan kepada anak-anak tadika tentang pembelajaran secara online dan pemikiran kreatif dan inovatif....baca selanjutnya

PERTANDINGAN IDEA KREATIF MEWARNA, MELUKIS & MEMBUAT LAYANG-LAYANG (WAU)

Aktiviti Terkini | 21 - 22 April 2018

Pusat Internet 1Malaysia Tendong telah mengadakan pertandingan idea kreatif iaitu mewarna ,melukis dan membuat layang-layang untuk anak-anak kampung sempena cuti hari minggu dan cuti peristiwa. Pertandingan mewarna dan membuat layang –layang adalah aktivit bebas mengikuti kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan lukisan dan bentuk layang-layang. Setiap penyertaan diberikan saguhati daripada PI1M Tendong....baca selanjutnya

MAJLIS ISRAK MIKRAJ

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Kira-kira 160 orang menyertai Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Mukim Hutan Chengal Tendong yang berlangsung di Masjid Mukim Hutan Chengal. Majlis yang bermula kira-kira pukul 7.30 malam itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Agama Islam. Program tersebut diteruskan dengan penyampaian tazkirah oleh Ahli Majlis Agama Islam...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PESTA KOKURIKULUM

Aktiviti Terkini | 18 - 19 April 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA TABIKA KEMAS TENDONG

Aktiviti Terkini | 15 April 2018

Kira-kira 50 orang terdiri daripada kanak-kanak Tendong (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Pi1M Tendong bersama ibu bapa masing-masing menyertai gotong-royong perdana di seluruh Pasir Mas....baca selanjutnya

KURSUS ASAS KOMPUTER (MICROSOFT OFFICE)

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Pusat Internet 1Malaysia Tendong telah mengadakan Kursus Asas Komputer (Microsoft Office) di Masjid Al-Hanan Mukim Simpang 4 Tendong . Kursus ini diadakan apada 24 mac 2018 iaitu dari 10 pagi hingga 1.00 tengah hari. Kursus ini disertai oleh penduduk kampung Mukim Simpang 4. Para peserta di ajar cara menggunakan Microsoft Office....baca selanjutnya

CELIK IT BERSAMA PELAJAR TADIKA PERPADUAN TENDONG

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2018

Pusat Internet 1Malaysia Tendong telah mengadakan kelas eLearning bersama pelajar Tadika Perpaduan Tendong. Kelas ini memberi pendedahan kepada anak-anak tadika tentang pembelajaran secara online dan pemikiran kreatif dan inovatif. Laman web www.online-coloring.com digunakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang penggunaan ict melalui mewarna online....baca selanjutnya

PROGRAM LESTARI HIJAU

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018

Program ini merupakan salah satu program hikmat komuniti Pi1M Tendong yang telah dirancang bagi bulan February. Program ini adalah berbentuk khidmat masyarakat dalam bekerjasama bergotong-royong membersihkan dan juga mengindahkan suasana kawasan perkuburan....baca selanjutnya

PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2018

Aktiviti yang dijalankan di dalam ruang utama masjid ialah melakukan pembersihan kipas serta membersihkan semua tempat termasuk kawasan mimbar, kanak juga meyusun semula kedudukan al-quran dan kitab-kita dengan teratur di tempat yang disediakan oleh pengurusan masjid. Selain dari kawasan dalam masjid, kanak-kanak juga diberi tugasan membersihkan kawasan wuduk dan bilik air. Di kawasan wuduk dan bilik air kanak-kanak dikehendaki memcuci lantai dan mengeringkannya semula serta mengelap cermin-cermin yang sedia ada....baca selanjutnya

TAYANGAN ANIMASI COCO

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Tayangan Animasi COCO adalah sesi pembelajaran menggunakan berbentuk visualiser dimana kaedah ini lebih menarik minat serta meningkatkan konsentrasi kanak-kanak serta pemahaman kepada arahan kompleks...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti