Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tendong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kubang Sepat, utara jajahan Pasir Mas, Kelantan. Setelah jambatan Tendong dibuka pada tahun 2002, aliran trafik bertambah sibuk bagi mengurangkan kesesakan di sekitar jambatan Sultan Yahya Petra untuk menuju ke Kota Bharu.

Selain itu, mukim Tendong merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Kelantan. Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim(daerah kecil).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


Program Jom Kembali Ke Sekolah : Gunting Rambut Percuma Sempena Pembukaan Sekolah

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Bagi meringankan beban ibu bapa, Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Chengal Jaya Tendong dengan kerjasama Pi1M Tendong mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah....baca selanjutnya

Majlis Sambutan Maulidurasul

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2017

Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada penduduk kampung supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w....baca selanjutnya

Program Semarak Khidmat Masyarakat & Program Solat Hajat

Aktiviti Terkini | 24 November 2017

Kepelbagai program serta usaha berterusan daripada agensi kerajaan adalah platform yang tepat dalam memperkenalkan serta menyebar luaskan perkhidmatan yang disediakan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat kampung...baca selanjutnya

Program PDRM bersama Jawatankuasa Kampung

Aktiviti Terkini | 15 November 2017

Program ini juga memberi ruang untuk orang ramai mendapatkan sebarang penjelasan mengenai apa-apa laporan (repot) yang telah mereka buat atau mengenai apa-apa jua tindakan polis sama ada secara langsung atau tidak langsung yang membabitkan masyarakat setempat. Orang ramai juga boleh menjadikan program ini sebagai satu saluran atau medium untuk mengemukakan apa jua pandangan yang difikirkan baik atau sesuai untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat....baca selanjutnya

PROGRAM JOM KE PERPUSTAKAAN

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Program “Jom Ke Perpustakaan” Promosi Keahlian dan Perkhidmatan Perpustakaan Desa Kampung Bechah Semak merupakan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat....baca selanjutnya

MAJLIS DIALOG KESELAMATAN PDRM BERSAMA JIRAN MUDA

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2017

Komuniti Kepolisian ini adalah merupakan usaha pencegahan jenayah ke arah mencapai matlamat NKRA (National key Result Areas) dalam aspek pengurangan jenayah. Programkhidmat masyarakat (Komuniti Kepolisian) yang ingin diadakan bertujuan untuk memberipendedahan khusus kepada masyarakat setempat mengenai pentingnya mencegah jenayah.Kepolisian masyarakat adalah satu usaha kerjasama NGO’s di antara PDRM denganmasyarakat dalam membanteras jenayah dan gejala sosial dengan lebih efektif dan efisyen....baca selanjutnya

DIALOG KESELAMATAN KEJIRANAN & JOM RONDA SRS BERSAMA PEMIMPIN PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2017

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2017

Program ini adalah salah satu daripada Program “Outcome Base Budgetting” (OBB) yang dilakukan setiap tahun, objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat berkaitan situasi keselamatan di kawasan kejiranan, menyampaikan maklumat pencegahan jenayah di kawasan kejiranan dan memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan cara mengatasi dan menghadapi kejadian jenayah....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG & JAMUAN MAKAN DI PI1M

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2017

Seramai 15 orang kanak-kanak termasuk Staf Pi1M Tendong menyertai program gotong royong ini yang bukan sahaja dapat beramal dan berbakti kepada komuniti Pi1M Tendong tetapi yang lebih penting dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Jamuan Hari Raya yang diadakan bersama dengan PI1M Tendong bagi meraikan komuniti sekitar PI1M To’La dengan menghidang juadah hari raya disamping mengeratkan hubungan sillaturahim sesama umat Islam....baca selanjutnya

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2017

Program ini dirancang dan disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian. Pusat Internet sebagai sebahagian dari warga komuniti berbesar hati untuk turut serta bagi mengeratkan hubungan bersama komuniti di kesempatan pada bulan yang mulia ini....baca selanjutnya

Program Advokasi KDB & E-Waste

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017

Program ini dijalankan supaya golongan belia mendapat pendedahan tentang program anjuran PI1M iaitu “ADVOKASI (KDB dan E-WASTE)” yang berkenaan sebagai langkah keselamatan dan kesedaran bahaya penggunaan internet tanpa kawalan....baca selanjutnya

PROGRAM SEPAKAT KOMUNITI 1MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 05 - 06 Mei 2017

Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia (K1M) peringkat daerah pasir mas, berjaya menyatukan hubungan antara ahli K1M selain mempereratkan hubungan dengan agensi kerajaan. Program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Pasir Mas Negeri Kelantan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Penggu, Bechah Semak, Pasir Mas, mengumpulkan ahli dari K1M dari seluruh daeerah pasir mas selain membabitkan pelbagai agensi kerajaan. Pelbagai akitiviti diadakan sempena program ini. Pada program itu, orang ramai juga berpeluang membeli produk seperti makanan ringan, makanan kesihatan dan kraftangan yang dihasilkan oleh K1M....baca selanjutnya

Program Hari Kesihatan Komuniti

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2017

Yayasan Buah Pingga Kebangsaan Malaysia ( YBPKM ) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Mukim Hutan Chengal, KRT Chengal Jaya dan Jawatankuasa JKKKP Mukim Hutan Chengal telah berjaya mengadakan program Hari Kesihatan Komuniti pada hari Jumaat, 05 Mei 2017 di Masjid Mukim Hutan Chengal.....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PENERANGAN KDB DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS KEMAHIRAN APLIKASI

Aktiviti Terkini | 13 April 2017

Bersempena dengan Penyampaian Sijil Tamat Kursus Kemahiran Aplikasi Pi1M Tendong telah mengadakan satu program Pengenalan Pi1M dan Klik Dengan Bijak (KDB) pada 13 April 2017 yang bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 9.30 pagi. Program Pengenalan Pi1M dan KDB ini diadakan di Dataran Dewan Kolej Vokasional Pasir Mas dan disertai seramai 320 orang pelajar. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta tentang salah satu kemudahan yang terdapat di Kampung Bechah Tendong iaitu Pusat Internet 1 Malaysia di samping untuk menggalakkan peserta mendaftar untuk menjadi ahli Pi1M....baca selanjutnya

KURSUS KEMAHIRAN APLIKASI – MICROSOFT EXCEL ADVANCE & MICROSOFT POWERPOINT ADVANCE

Aktiviti Terkini | 01 April 2017

Khusus Kemahiran Aplikasi yang di anjurkan oleh Pelajar Diploma Tahun 2 Kesetiausahaan Pentadbiran dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Tendong untuk memahirkan lagi pelajar semerta 1 dalam aplikasi ini. Kursus kemahiran aplikasi ini untuk memberikan pendedahan kepada peserta dalam semua aspek berkaitan penggunaan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas harian di pejabat....baca selanjutnya

PROGRAM CERGAS MINDA

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2017

Program Cergas Minda di Pusat Sumber Kemas berperanan menyokong Dasar Galakan Membaca dalam kalangan masyarakat termasuk kanak-kanak. Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Pasir Mas, Hayati Musa berkata, program tersebut turut menjadi platform mencungkil bakat baharu serta mempertajamkan minda melalui aktiviti yang dirancang Pusat Sumber Kemas....baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 07 Februari 2017

Aktiviti KDB dianjurkan di Kolej Vokasional Pasir Mas adalah untuk usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber. Pihak Pi1M Tendong mahu masyarakat terutama golongan remaja dan belia bawah 30 tahun yang merupakan 60 peratus pengguna Internet di negara ini, bijak menggunakan teknologi tersebut iaitu berhati-hati dan berfikir sebelum mengakses Internet....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti