Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tendong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kubang Sepat, utara jajahan Pasir Mas, Kelantan. Setelah jambatan Tendong dibuka pada tahun 2002, aliran trafik bertambah sibuk bagi mengurangkan kesesakan di sekitar jambatan Sultan Yahya Petra untuk menuju ke Kota Bharu.

Selain itu, mukim Tendong merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Kelantan. Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim(daerah kecil).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


Aktiviti Permainan Kreatif Islami

29 November 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Permainan Kreatif Islami telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Tendong pada 29 November 2014 dan bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membina pecambahan minda dan semangat kerjasama, merapatkan hubungan silaturahim serta menyedarkan para peserta tentang nikmat yang Allah berikan kepada kita yang jarang kita syukuri .. baca selanjutnya

aktiviti Gotong royong - pembersihan di sekitar pi1m tendong

31 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti inic Untuk melahirkan generasi muda yang terdiri dari golongan remaja yang mengamalkan kehidupan yang sihat di kalangan mereka dan menjadikan persekitaran Pusat Internet 1 Malaysia sentiasa bersih.... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M TENDONG oleh Dato’ Hanafi bin Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Kelantan

16 Ogos 2014 | Berita Semasa

Pada 16 Ogos 2014, perasmian Pusat Internet 1Malaysia Tendong akan diadakan. Dijemput semua hadir pada hari Sabtu, 16 Ogos 2014 di... baca selanjutnya

PERASMIAN SEMARAK RAKYAT 1MALAYSIA & PELANCARAN UNIT KOMUNIKASI BELIA RAKAN IT DAERAH PASIR MAS

22 Januari 2014 | Aktiviti Terkini

Program ini berlangsung pada 20 Jun 2014 di Kolej Vokasional Pasir Mas dan telah dilancarkan oleh YB Dato’ Jailani bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sempena... baca selanjutnya

Training class - pada bulan oktober

Pada Oktober 2014 | Berita Semasa

Training Class merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak belajar tentang kegunaan komputer dan internet. Training Class mampu mendidik kanak-kanak atau pelajar kebaikkan di Pusat Internet 1 Malaysia... baca selanjutnya

TADIKA KEMAS - MENGENALI PI1M & KOMPUTER

22 Januari 2014 | Aktiviti Terkini

Hari Bersama KEMAS Tendong, hari bersama KEMAS ini bertujuan untuk memperkenalkan dunia teknologi kepada kanak-kanak KEMAS. Pihak PI1M memberi lukisan gambar komputer untuk... baca selanjutnya

PERTANDINGAN PLANTS VS ZOMBIES

22 Januari 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti permainan game adalah sangat popular dikalangan pelajar sekolah dan juga orang dewasa. Diharap dengan mengadakan pertandingan ini dapat menyemarakkan hubungan bersama pelajar sekolah sekitar Kampung Bechah.. baca selanjutnya