SESI MAKLUM BALAS RAKYAT BERHUBUNG DRAF PELAN TINDAKAN PERPADUAN NEGARA (PTPN) 2021-2025

Aktiviti terkini | 23 Ogos 2020

Tempat Aktiviti:
Dewan Utama Kompleks Apam Putra Lubok Jong, Pasir Mas.

Tujuan :
• PTPN adalah satu dokumen rasmi Kerajaan yang menggariskan semua usaha-usaha Kementerian dan Agensi dalam mencapai hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang menjulang perpaduan dan penyatuan nasional.
• PTPN merupakan rangka kerja yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun (2021-2025) dan berteraskan kepada Rukun Negara dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia.
• Pelan ini adalah bersifat spesifik, inklusif dan holistik.
• Oleh itu PTPN bakal mengandungi usaha serta program khusus dalam menyelesaikan isu berkaitan perpaduan bagi mengurangkan ketegangan, konflik dan polarisasi kaum.

Kelebihan Aktiviti :
• PTPN ini merupakan panduan kepada Kementerian dan Agensi Kerajaan berhubung peranan masing-masing dalam mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan program yang boleh diukur pelaksanaannya.
• Setiap inisiatif mempunyai objektif untuk menyediakan persekitaran yang harmoni di dalam kepelbagaian masyarakat.
• Keberhasilan utama PTPN adalah untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa menghormati dan menerima kepelbagaian sesama rakyat, meningkatkan semangat patriotisme dan perasaan cintakan negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :