PROGRAM ADVOKASI DI SK TANJUNG BUNGA

Aktiviti terkini | 20 September 2019

Tempat Aktiviti:
SK Tanjung Bunga Pasir Mas

Tujuan :
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan waspada untuk pengguna melayari internet dengan cara yang berhemah.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI dengan Pihak Sekolah SK Tanjung bunga dan para pengunjung luar.
• Di Samping itu juga, PI dapat mempromosikan serta memberi hebahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di PI1M Padang To’ La. Kemudahan internet secara kolektif untuk warga komuniti, serta kemudahan fotostat ,mencetak, pengimbas, kelebihan menjadi ahli pi1m serta kami sebagai staf di PI dapat memberi bimbingan atau nasihat jika ada keperluan atau sebarang pertanyaan dari para pengguna.

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang lebih celik dan peka terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendedahan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :