Program Usahawan DIY Brooch (Kain Perca)

Aktiviti terkini | 01 Januari 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kuala Paku Tanah Merah

Tujuan :
Program Usahawan DIY Brooch (Kain Perca) ini adalah program yang di adakan khas untuk warga komuniti di sekitar pusat internet Kuala Paku. Program ini pada dasar nya bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk kampung dalam menghasilkan sesuatu produk atau kraf yang boleh menambah pendapatan keluarga iaitu dengan cara produk atau kraf yang di hasilkan boleh la di jual kepada orang ramai. Melalui program ini , komuniti di ajar cara menghasilkan “brooch” pelbagai bentuk daripada kain perca .

Kelebihan Aktiviti :
1. Memperkenalkan Pusat Internet sebagai pusat komuniti pelbagai peranan.
2. Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara peserta dan staf pusat Internet.
3. Membantu Usahawan pusat internet mempelajari cara membuat brooch menggunakan kain perca.
4. Melahirkan ramai usahawan untuk menjana pendapatan tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :