AKTIVITI KOMUNITI: KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Aktiviti terkini | 15 September 2018

Tempat Aktiviti:
Masjid Mukim Hutan Chengal Kampung Hutan Chengal

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada para belia tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik.
• Mendidik generasi belia supaya meneruskan tanggungjawab pengurusan jenazah di kampung masing-masing.
• Menyemai semangat persaudaraan dan bertanggung –jawab para belia dalam merancang bersama membangunkan peribadi selaras dengan saranan Perdana Menteri Malaysia.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan secara amali kepada penduduk kampung tentang pengurusan jenazah yang tepat mengikut syariat Islam.
• Menambahkan ilmu pengetahuan dan amali kepada penduduk kampung dalam pengurusan jenazah.
• Menyemai semangat kerjasama ketika pengurusan jenazah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :