Program Pertandingan Warna-Warni Kemerdekaan Antara Tabika KEMAS

Aktiviti terkini | 27 Ogos 2018

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Sri Gelam & Tabika KEMAS Mawar

Tujuan :
• Menyemai semangat kemerdekaan dikalangan kanak-kanak bersempena bulan kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi. Disamping itu, mendedahkan para kanak-kanak mengenal bendera Malaysia yang terdiri daripada 4 warna iaitu 7 jalur berwarna merah, 7 jalur berwarna putih, bulan dan bintang berwarna kuning dan warna biru.

Kelebihan Aktiviti :
• Kanak-kanak telah diberikan gambar bertemakan kemerdekaan untuk diwarnakan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di samping mempelajari dan memahami maksud disebalik warna yang terdapat pada bendera Malaysia.

Butiran Aktiviti :
• Penerangan mengenai hari kemerdekaan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS
• Apa itu Bendera Malaysia yang terdiri daripada 4 warna iaitu 7 jalur berwarna merah, 7 jalur berwarna putih, bulan dan bintang berwarna kuning dan warna biru

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :