MAJLIS DIALOG KESELAMATAN PDRM BERSAMA JIRAN MUDA

Aktiviti terkini | 24 Ogos 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Tendong

Tujuan :
• Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk Projek ini akan dilaksanakan untuk bagi mempromosikan program komuniti kepolisian ini secara lebih baik dan menyeluruh serta memberi panduan atau pengetahuan dalam menangani kejadian jenayah pada masa kini.
• Program dilaksanakan dengan mengadakan taklimat trend jenayah masa kini merangkumi jenayah kekerasan, narkotik dan gejala sosial yang melanda masyarakat setempat. Kaunter pameran juga akan dipamerkan dalam program ini serta mengedarkan borang keahlian dan panduan penggunaannya.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran keatas keperluan tanggungjawab bersama di antara masyarakat dan polis dengan mengurangkan serta menidakkan peluang untuk jenayah berlaku.
• Menggalakkan dan membina jalinan yang jujur dan sihat antara polis dengan masyarakat.
• Memberi kesedaran pencegahan jenayah kepada masyarakat awam melalui program pencegahan kemasyarakatan.

Nama VIP :
YDH ACP Ibrahim Bin Saad (Ketua Polis Daerah Pasir Mas)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :