DIALOG KESELAMATAN KEJIRANAN & JOM RONDA SRS BERSAMA PEMIMPIN PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2017

Aktiviti terkini | 19 Ogos 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Tendong

Tujuan :
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Nama VIP :
YB Senator Datuk Hj. Hanafi Bin Hj. Mamat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :