GOTONG-ROYONG & JAMUAN MAKAN DI PI1M

Aktiviti terkini | 11 Ogos 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Tendong

Tujuan :
• Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai peribadi mulia dan bermotivasi dengan memupuk nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah, di samping menjadikanmereka sebagai kanak-kanak yang berilmu, berdisiplin, berketrampilan dan berkeyakinan.
• Tujuan program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran Pi1M Tendong. Kecerian yang dihasilkan adalah untuk keselesaan semua pihak iaitu komuniti. Pi1M Tendong yang ceria akan memastikan kanak-kanak dapat belajar dan berada diPi1M dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi. Bagi Staf Pi1M Tendong pula, Pi1M Tendong yang ceria akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada kanak-kanak dengan lebih baik.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menjadi platfom dalam merapatkan hubungan silatulrahim sesama kakitangan Pi1M Tendong dengan penduduk komuniti
• Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan Pi1M Tendong agar terjamin keselamat kanak-kanak sewaktu belajar
• Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum
• Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti Pi1M Tendong sebagai tempat yang bersih, indah, selamat dan ceria

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :