PROGRAM PDRM BERSAMA JAWATANKUASA KAMPUNG & PENDUDUK KAMPUNG PERINGKAT MUKIM HUTAN CHENGAL

Aktiviti terkini | 15 November 2017

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Masjid Mukim Hutan Chengal

Tujuan :
• Sebagai saluran atau medium kepada orang ramai bagi menyelesaikan atau mendapatkan penjelasan mengenai apa jua permasalahan mereka dengan pihak polis
• Sebagai saluran atau medium kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan mengenai ketidakpuasan hati di atas perkhidmatan atau salah laku pegawai dan anggota polis bawahan
• Sebagai saluran atau medium kepada orang ramai untuk mengemukakan pandangan atau cadangan kepada pihak polis terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat
• Sebagai ruang untuk orang ramai mendapat penjelasan mengenai apa-apa tindakan yang dilaksanakan oleh polis secara langsung atau tidak langsung yang membabitkan penduduk setempat

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat kampung dan pihak polis
• Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat mengenai jenayah
• Dapat mendekati masyarakat kampung

Nama VIP :
YDH ACP Ibrahim Bin Saad (Ketua Polis Daerah Pasir Mas)
Mohd Nor Bin Hasan (Ketua Jawatankuasa KRT Chengal Jaya)
Mohd Shukri Bin Daud (Ketua Jawatankuasa Masjid Mukim Hutan Chengal)
Mustafa Bin Mamat (Ketua Jawatankuasa JKKKP Mukim Hutan Chengal)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :