< Pusat Internet 1Malaysia

PROGRAM ADVOKASI KDB & E-WASTE

Aktiviti terkini | 14 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Dato Abdul Hamid 2, Pasir Mas

Program ini dijalankan supaya golongan belia mendapat pendedahan tentang program anjuran PI1M iaitu “ADVOKASI (KDB dan E-WASTE)” yang berkenaan sebagai langkah keselamatan dan kesedaran bahaya penggunaan internet tanpa kawalan.

Objektif :
• Taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan
• Tayangan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC
• Aktiviti dalam kumpulan (LDK) bertajuk “Detektif” berkaitan dengan berunsurkan pengajaran dan mesej KDB
• Sesi Kuiz terbuka kepada pelajar dan sesi soal jawab diadakan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melaksanakan program kerjasama antara Pusat Internet 1 Malaysia Tendong, untuk melaksanakan program ADVOKASI (KDB dan E-WASTE) kepada pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :