< Pusat Internet 1Malaysia

PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI

Aktiviti terkini | 05 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Masjid Mukim Hutan Chengal, Tendong, Pasir Mas

Yayasan Buah Pingga Kebangsaan Malaysia ( YBPKM ) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Mukim Hutan Chengal, KRT Chengal Jaya dan Jawatankuasa JKKKP Mukim Hutan Chengal telah berjaya mengadakan program Hari Kesihatan Komuniti pada hari Jumaat, 05 Mei 2017 di Masjid Mukim Hutan Chengal.

Objektif :
• Bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi
• Untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti
• Untuk memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan komuniti

Program pemeriksaan kesihatan ini diberikan secara percuma. Ianya bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.30 petang. Seramai 7 orang kakitangan daripada pihak YBPKM telah datang mengendalikan program ini. Pakej pemeriksaan merangkumi ujian tekanan darah, indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang, ujian gula dalam darah, ujian air kencing dan sessi kaunseling.

Aktiviti lain yang diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah dan cabutan bertuah untuk pengunjung. Pada sebelah malam, orang ramai dihidangkan dengan persembahan Dikir Barat. Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Hanafi Mamat ketika merasmikan program itu berkata, penganjuran program itu adalah solidariti rakyat bagi menunjukkan kecintaan kepada negara melalui semangat perpaduan erat antara satu sama lain. Katanya, program Sepakat K1M bukan sahaja platform terbaik menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat malah berperanan menjadi medium bagi menyampaikan maklumat sahih kepada komuniti termasuk dasar kerajaan secara tepat dan berkesan. Pada awalnya sesi pemeriksaan akan diadakan di dalam bas bergerak. Ramai penduduk Mukim Hutan Chengal, Tendong telah mengambil kesempatan menjalani pemeriksaan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :