< Pusat Internet 1Malaysia

PROGRAM CERGAS MINDA

Aktiviti terkini | 21 Mac 2017

Tempat Aktiviti:
Tabika Mawar, Kampung Hutan Chengal, Tendong

Tujuan :
Program Cergas Minda di Pusat Sumber Kemas berperanan menyokong Dasar Galakan Membaca dalam kalangan masyarakat termasuk kanak-kanak. Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Parlimen Pasir Mas, Hayati Musa berkata, program tersebut turut menjadi platform mencungkil bakat baharu serta mempertajamkan minda melalui aktiviti yang dirancang Pusat Sumber Kemas.
"Perkara ini selari dengan matlamat Pusat Sumber Kemas sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan. "Selain itu, ia menjadi pemangkin kepada perubahan sikap ke arah persepsi positif," katanya Program Cergas Minda di Tabika Kemas Mawar Kampung Hutan Chengal. Program dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat. Turut hadir, Pentadbir Mukim Dun Tendong, Abdullah Sulaiman. Pusat Sumber Kemas merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kerajaan untuk kesenangan rakyat.
Justeru katanya, rakyat perlu memanfaatkan kemudahan tersebut bagi memastikan mereka dilengkapi dengan pelbagai ilmu untuk mengharungi cabaran pada masa akan datang. Dalam pada itu, program sehari itu turut dimeriahkan lagi dengan pemeriksaan kesihatan oleh Kospen Tendong untuk kemudahan penduduk. Pemeriksaan kesihatan itu merangkumi tekanan gula dalam darah, tekanan darah dan cara-cara penjagaan kesihatan yang betul.
Selain itu juga aktiviti KDB dianjurkan untuk usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber. Pihak Pi1M Tendong mahu masyarakat terutama kanak-kanak bawah 30 tahun yang merupakan 60 peratus pengguna Internet di negara ini, bijak menggunakan teknologi tersebut iaitu berhati-hati dan berfikir sebelum mengakses Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :