< Pusat Internet 1Malaysia

Program Klik Dengan Bijak

Aktiviti terkini | 07 Februari 2017


Tujuan :

Tujuan adalah untuk usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber.

Objektif :

1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
5. Untuk membantu mengurangkan bilangan orang yang menjadi mangsa jenayah siber.

Penutup :

KDB menyasarkan kepada pelajar, kerana mereka lebih terdedah kepada jenayah siber dan penyalahgunaan dalam talian. Staf Pi1M Tendong mahu pelajar ini kekal selamat dan terjamin semasa melayari Internet apabila berkongsi maklumat peribadi khususnya di laman web yang mencurigakan, untuk menjaga etika bahasa dan cara yang betul dalam perbualan dan ketika menulis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti