< Pusat Internet 1Malaysia

PENERANGAN KDB DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS KEMAHIRAN APLIKASI

Aktiviti terkini | 13 April 2017

Tempat Aktiviti:
Dataran Kolej Vokasional Pasir Mas Kelantan

Bersempena dengan Penyampaian Sijil Tamat Kursus Kemahiran Aplikasi Pi1M Tendong telah mengadakan satu program Pengenalan Pi1M dan Klik Dengan Bijak (KDB) pada 13 April 2017 yang bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 9.30 pagi. Program Pengenalan Pi1M dan KDB ini diadakan di Dataran Dewan Kolej Vokasional Pasir Mas dan disertai seramai 320 orang pelajar. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta tentang salah satu kemudahan yang terdapat di Kampung Bechah Tendong iaitu Pusat Internet 1 Malaysia di samping untuk menggalakkan peserta mendaftar untuk menjadi ahli Pi1M.

Slot pertama dimulakan dengan sesi Taklimat Pengenalan Pi1M yang disampaikan oleh En Azuan bin Shaari ( Penolong Pengurus Pi1M Tendong ). Slot ini melibatkan penerangan mengenai pengenalan Pi1M, jumlah Pi1M yang terdapat di Kelantan, Pi1M yang terdapat di daerah Pasir Mas khususnya, objektif utama penubuhan Pi1M, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di Pi1M, waktu operasi Pi1M, cara-cara untuk menjadi ahli Pi1M dan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan di Pi1M yang melibatkan aktiviti bulanan, tahunan dan KDB yang telah dilaksanakan di Pi1M.

Slot seterusnya merupakan ceramah kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaiakan oleh Cik Samsiah Lauming (Pengurus Pi1M Kg. Batu payung). Slot KDB ini diadakan bertujuan untuk mendididk peserta berkaitan langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan laman sesawang pada masa kini. Selain itu, ceramah KDB ini juga dapat memdedahkan peserta kepada bentuk-bentuk jenayah siber yang berlaku pada masa kini disamping memberi pendedahan berkaitan tip-tip keselamatan internet melalui beberapa tayangan video untuk menarik minat pelajar. Selain Ceramah KDB, Sesi soal jawab dan perkongsian pendapat juga turut dijalankan untuk membolehkan peserta agar lebih memahami tentang kesalahan-kesalahan dan langkah-langkah keselamatan semasa melayari internet.

Program yang dianjurkan ini bukan sahaja dapat memperkenalkan Pi1M dan Program Klik Dengan Bijak kepada golongan pelajar, tetapi juga dapat mempromosikan Pi1M kepada Komuniti setempat dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pi1M. Semoga dengan program ini, perjalanan PI1M akan lebih lancar dan mendapat sokongan yang padu dari semua pihak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :