< Pusat Internet 1Malaysia

MAJLIS KACAU ASYURA, HARI SUKAN NEGARA 2016 DAN SOLAT HAJAT PERDANA PT3

Aktiviti terkini | 8 Oktober 2016 Tujuan:

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang remaja itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

Objektif:

1. Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
2. Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
4. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
5. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
6. Memumpuk kerjasama antara Polis dan masyarakat

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Mudah-mudahan usaha murni ini mencapai objektif yang dirancang, mendapat sokongan dari semua pihak dan diberkati Allah SWT. Semoga semuanya berjalan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti