Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tendong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kubang Sepat, utara jajahan Pasir Mas, Kelantan. Setelah jambatan Tendong dibuka pada tahun 2002, aliran trafik bertambah sibuk bagi mengurangkan kesesakan di sekitar jambatan Sultan Yahya Petra untuk menuju ke Kota Bharu.

Selain itu, mukim Tendong merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Kelantan. Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim(daerah kecil).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


PROGRAM KEMBARA INTELEK & PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Aktiviti Terkini | 28 April 2019

Program ini memberi penekanan yang lebih berkenaan Klik Dengan Bijak yang mana yang menekan kan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber kepada pelajar pelajar juga turut di berikan soalan berkaitan dengan taklimat yang di beri. Di akhir program, semua warga sekolah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan internet dan akan sentiasa mengamalkan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK DANDANAN DIRI KERJASAMA BERSAMA KEMAS PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 27 - 29 April 2019

Kursus jangka Pendek yang dilaksanakan selama 3 hari bertempat di PI Kpg Pdg To’La dengan usahasama bersama PI Tendong yang mewakil PI DIGI dalam daerah Pasir Mas. Pelaksanaan Kursus pada Hari Pertama adalah manicure khusus untuk rawatan da penjagaan kuku dengan langkah-langkah asas dan cara menjaga kuku. Hari Kedua ialah Kursus LUkisan Inai yang mana peserta dilatih dengan asas lukisan dengan membiasakan tangan untuk memegang picu inai dengan betul dan melukis dari asas hingga yang lebih mahir. Hari Ketiga iaitu hari penutup adalah Kursus Make Up (Mary Kay) dengan pengisisan tips dan cara penjagaan kulit wajah dan penggunaan produk yang betul dan selamat. Penutup program dirasmikan oleh Pn Yusnieda Bt Yaacob, Penolong Pengarah Operasi Komuniti dan Kemahiran KEMAS Kelantan dan Hj. Abdul Aziz b Harun, Pegawai Operasi Kemas kawasan Pasir Mas...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK RANTAU PANJANG

Aktiviti Terkini | 07 April 2019

Program Klik Dengan Bijak merupakan satu program yang menfokuskan kepada penggunaan internet secara bijak dalam kalangan pelajar. Program ini memberi penekanan yang lebih berkenaan Klik Dengan Bijak yang mana yang menekan kan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber kepada pelajar pelajar juga turut di berikan soalan berkaitan dengan taklimat yang di beri. Di akhir program, semua warga sekolah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan internet dan akan sentiasa mengamalkan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM PERASMIAN PERPUSTAKAAN MINI DAN SAHABAT MASJID

Aktiviti Terkini | 06 April 2019

Program perasmian perpustakaan mini dan sahabat masjid merupakan program sempena pembukaan perpustakaan mini di Masjid mukim beris bechah semak yang di rasmikan oleh YB Rozi Mohamad. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi . Pelbagai Aktiviti yang di adakan antara nya pameran booth daripada agensi jemputan seperti Pusat Internet, Kospen,pertandingan tulisan Khat ,mewarna dan sebagainya . program ini di akhiri dengan penyampaian hadiah serta jamuan makan kepada para peserta dan pengunjung....baca selanjutnya

KARNIVAL USAHAWAN MUDA KELANTAN DUN TENDONG

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2019

Penglibatan Pusat Internet dalam Karnival Usahawan Anak Muda Kelantan adalah dengan membawa objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada usahawan-usahawan muda bahawa pusat internet adalah salah satu platform atau medium dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA USAHAWAN HENNA

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Program ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada staff Pusat Internet dan komuniti Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2019

Program ini dijalankan bagi memberi latihan kepada para usahawan untuk mengetahui berkaitan strategi perniagaan menggunakan laman membeli belah atas talian. Jika sebelum ini para usahawan hanya menggunakan kaedah penjualan secara langsung atau menggunakan media social seperti facebook dan Instagram. Hal ini kerana mereka kurang ilmu berkaitan shopee. Dimana mereka bukan hanya boleh menjadikan shopee sebagai medan membeli belah atas talian tetapi mereka juga boleh memulakan perniagaan menggunakan laman shopee.....baca selanjutnya

Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi Rantau Panjang

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2019

Program Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai bahaya penyalahgunaan IT sekiranya tidak dibendung di peringkat awal. Pelbagai maklumat dan pengajaran disalurkan oleh petugas Pusat Internet 1 Malaysia kepada warga sekolah termasuk guru-guru dan kakitangan pentadbiran sekolah. Di akhir program, semua warga sekolah berikrar untuk tidak menyalahgunakan internet dan akan sentiasa mengamalkan Klik dengan Bijak....baca selanjutnya

Program Keusahawan Interaktif Learning Digital (TUITION MASTER)

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Program ini meberi pengenalan megenai Platform Keusahawanan Produk Digital Interaktif Pendidikan kepada staf PI. Platform yang diperkenalkan ialah Tuition Master dimana tuition Master ini adalah satu website online yang membolehkan pelajar belajar secara atas talian tanpa kehadiran guru....baca selanjutnya

Program Usahawan DIY Brooch (Kain Perca)

Aktiviti Terkini | 01 Januari 2019

Program Usahawan DIY Brooch (Kain Perca) ini adalah program yang di adakan khas untuk warga komuniti di sekitar pusat internet Kuala Paku. Program ini pada dasar nya bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk kampung dalam menghasilkan sesuatu produk atau kraf yang boleh menambah pendapatan keluarga iaitu dengan cara produk atau kraf yang di hasilkan boleh la di jual kepada orang ramai. Melalui program ini , komuniti di ajar cara menghasilkan “brooch” pelbagai bentuk daripada kain perca ....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti